eBuletin
 
Promosi Web
E-kursus Online
HRMIS
E-SPEKS(maklumat status pembayaran, slip gaji)
Emel -( mail @terengganu.gov.my )
myGovernment
Maidam
Facebook Jheat
Twitter Jheat
 
Renungan

Daripada Umar berkata : Nabi S.A.W. telah bersabda : "Sesiapa yang membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat, maka bersinarlah cahaya daripada bawah kakinya hingga ke langit. Untuknya cahaya di hari kiamat dan diampunkannya antara dua jumaat."


(HR. Ibnu Katsir)


 
Video Secara Langsung
Tiada rekod
 
Peti Undi
Kriteria Terpenting Dalam Laman Web Kerajaan :


Keputusan undian sedang direkodkan. Sila tunggu...

 
  


MARANG, 30 April - Penubuhan Sekolah Rendah Islam Darul Iman (SRIDI) akan menjadi pencetus kelahiran modal insan dan generasi rabbani.

 
Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, elemen pendidikan adalah asas dan aspek penting untuk membina umat serta bangsa yang hebat dalam segenap bidang.
 
Katanya, bagi mencapai hasrat tersebut, Terengganu memperuntukkan RM7.8 juta sebagai dana permulaan untuk mendidik generasi pelapis yang bakal memimpin negeri dan negara dengan menggunakan acuan Islam.
 
“Melalui dana itu, kita mewujudkan SRIDI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) sebagai asas pendidikan seawal usia kanak-kanak.
 
“Kesungguhan serta kesepakatan membangunkan anak-anak kita adalah perlu dan sangat penting bagi melahirkan modal insan yang berkualiti di Terengganu,” ujarnya.
 

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penubuhan SRIDI 2019 bagi DUN Pengkalan Berangan, di Binjai Rendah, di sini semalam.

Hadir sama, Pegawai Daerah Marang, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Berangan, Sulaiman Sulong.
 
Ahmad Samsuri turut menjelaskan bahawa institusi pendidikan akan dipertingkatkan kualitinya sama ada dari segi insfrastruktur ataupun pengajian untuk keselesaan warga Terengganu.
 
Tambah beliau, pelaburan dalam bidang itu adalah untuk masa depan yang lebih gemilang bagi semua rakyat.

“Dan insya-Allah kita akan pertingkatkan (SRIDI) dari tahun ke tahun, sehinggalah sasaran untuk mewujudkan SRIDI di setiap DUN tercapai dan tahun depan kita akan tubuhkan,” kata beliau lagi.

Untuk rekod, sebanyak enam SRIDI  berjaya ditubuhkan pada tahun ini, dan ia telah beroperasi sejak Januari lalu.
 
Kerajaan juga komited untuk membina tiga buah lagi SRIDI, masing-masing melibatkan DUN Kijal, Permaisuri dan Paka manakala satu Sekolah Menengah Islam Darul Iman (SMIDI) di DUN Ajil sedang dalam pembinaan.

 

***Petikan dari TeganuKite***

Hit : 26

 « BACK